Wednesday, April 29, 2009

29 APRIL1988.

yaaa hari ini sudah genapla umo aku menjadi 21 tahun. di mana kalau umo da sampai banyak ni, kita bole decide apa yang kita nak ikot sukati kita. hahaha kalau la memang bole macam tu kan best. sambutan hari jadi kali ini amat meriah dengan ditemani bantal dan selimut sejak jam 12 malam tadi sampai la 1130 pagi ini. ye, tiada apa-apa sambutan berlaku. tak mengapa sebab aku pun tak berapa kesah sangat. pada aku sama je hari ni dengan hari-hari yang lain. cuma yang berbeza, hari ni agak busylah keadaan hp aku dengan text-text ucapan dan jugak call. thanx a lot kepada mereka yang tak lupa! :)

sekarang sudah jam 111 petang. aku masih tak mandi lagi. yela kan baru bangun kol 1130. so mood nak mandi tu belum sampai lagi. tadi nabil call. bila aku cakap je aku baru bangun terus kelua ayat dari mulut dia..."selekeh!!" hahaha itula ayat yang memang selalu kelua dari mulut dia every time dia call aku pagi-pagi. hmmm terasa rindu kat sahabat-sahabat kat saklam. tak saba rasanya nak cuti sebab semua kaum sahabat pulang ke kg halaman iaitu saklam banda anggerik. bila umo da mencecah dewasa ni kan, kita akan start rindukan masa-masa lampau. iaitu masa di mana kita tak banyak benda yang nak dirisaukan. kalau skaran ni kan macam-macam nak pikir. sampai kepala pun naik botak.

teringat masa kacik-kecik dulu. celebrate besday dengan famili. ingat lagi aku ada satu tahun tu, ibu buat meehoon goreng dengan ayam goreng dan ada sebijik kek. masa tu, semua orang ada kat ruma sebab kitorg pun masih kecik. takde sapa yang da masuk asrama. terasa sangat seronok sebab orang yang kita sayang semua ada kat sekeliling kita. bila terkenang balik gamba-gamba masa tu, terasa sebak pulak. macam nak menangis. bila da besa macam ni. semua orang pun ada tanggungjawab sendiri. tak semua orang dapat gather kat ruma pada hari jadi. dan aku sendiri pun tak meluangkan masa bersama keluarga. malam ni aku nak pulang ke rumah. kak ain da janji nak belanja makan kfc. hehe itula menu makanan acap kali ketika tiba hari jadi. kalau tak kfc, pizza. tak pernah pulak kitorang pergi makan kat restoran yang esklusif. bukan sebab tak mampu tapi kitorang dah biasa hidup secara bersederhana. lagipun ayah dan ibu bukannya muda lagi. diorang lebih suka kalau buat sendiri bbq di rumah. ye aku pun suka demikian. sebab cara tu lebih buat kitorang close dan lebih sayang satu sama lain.

besempena hari lahir aku yang ke 21 ni, aku nak ucapkan jutaan terima kasih buat ayah, ibu, kak ain, cikngah, uda & abang-abang ipar sekalian sebab da banyak tolong aku sepanjang proses pembesaran berlaku. buat sahabat-sahabat sekalian, thanx alot sebab remains as fren walau da bertahun-tahun lamanya dan kadang-kadang kita terpisah jauh disebabkan belajar. korang da banyak mencorakkan diri aku sepanjang 21 tahun ni. & buat anda yang disayangi itu, thanx alot fo making me happy in this 6 months of time. i really lalalove u all!!!! :D

Tuesday, April 28, 2009

PENCUCI MUKA.

malam kedua dalam minggu ini. masih aku tak start study lagi. hmmm harus lepas ni aku selak sikit. dah la aku pegi ingat paper 2 hb nanti minggu depan. rupenye sabtu ni la! baru lepas makan choc indulgence. yummy :) thanx ili. hari ni mandi dengan kadar yang lama. sebab macam bepeluh sakan pulak. so mandi dengan besemangatnye siap cuci muka lagi. jarang sekali aku mencuci muka melainkan kalau da tahap beminyak macam bole bikin minyak masak. urghh jerawat semakin hari semakin menjinak-jinak di muka. maybe sebab stress nak exam. segeralah tamat exam kerana aku da tak larat membela jerawat di muka! :(


brand : nivea
function : cleanses & protecs

ini adalah my current facial foam. mesti pelik kan kenapa aku guna men punya. rilex, bukannya aku tak guna product untuk perempuan. kisahnya macam ni. dulu aku guna facial foam brand st.ives. satu hari, aku tak perasan yang pencuci muka aku tu da habes. masa tu pulak muka bukan main berminyak tahap agung. dan yang ada dalam toilet masa tu, nivea ni la. abang ipar aku punya. so aku curik la sikit pencuci muka dia sebabkan tak tahan dengan keadaan minyak yang melampau. start dari situ, rasa cambest pulak facial foam ni & dia tak mendatangkan kesan buruk kat kulit aku. maka aku rasa, apa salahnya aku guna sebab kulit aku selesa. tak kesahla kalau dia dicipta untuk men tapi dia serasi dengan kulit aku kan. so aku pun guna jela yang ini. selagi dia mampu menyegarkan muka aku, peduli lah orang nak cakap apa pun kan. lagipun aku beli guna duet aku. tak pulak aku mintak duet orang lain untuk beli facial foam ni! :)

SUDAH KEKERASAN.

venue : living hall.

hari ini selasa bertarikh 28 april 2009. kalau tak silap, hari ni besday seorang kawan aku yang bernama fiza g. selamat hari jadi oh fiza. sekarang sudah mencecah jam 336 petang. hari ni aku bangun pada jam 1130 pagi. di mana kalau di total up kan jumlah jam aku tido semalam adalah bersamaan 12 jam. hahaha kalah baby pulak ni kan aku tido. tatau la kenapa tapi mata memang agak berat untuk dibukak pagi tadi. so bila selimut da ditarik, angin pulak menyepoi-nyepoi memang rugilah barang siapa yang menolak panggilan katil pada waktu itu. bangun je tido, perut mula bergendang. lapa! yela semalam lepas workout terus tido. bajet nak bangun pukul 3 ke 4 pagi tapi last-last sampai 1130 baru bangun. cadangnye nak masak la kan maggi yang baru dibeli semalam tapi da tido pulak. so pagi tadi aku meneruskan niat untuk memasak sang maggi. actually aku kalau bole tanak makan maggi during this exam month, tapi macam lapa dan takde benda nak dimasak maka maggi sajalah yang menjadi pilihan.

malam tadi sejurus pulang dari rumah, aku ke KK Mart. mula-mula beli burger bodo kat depan 7e. pastu teringat pulak makanan segera cap PAMA yang aku makan hari tu. sedap. terasa nak beli lagi sebab ili da habiskan satu paket yang last. so meround lah aku ngan ili kat KK Mart mencari makanan yang sedap itu. tapi malangnye takde pulak dijual kat KK Mart. last skali beli jela MAMEE Kari Berapi. dengan harapan nak makan sesuatu yang pedas dan mencabar perut la kan. sekali pagi tadi, hampeh! jangan kata berapi, bara pun takde. cilaka punya mamee! sumpah seranah aku cakap tak pedas langsung. kalau bagi anak buah aku yang first tu makan pun mesti dia tak heran sebab dia pun gila pedas jugak. hmphhh iklan kat tv sikitla sampai tebakar. penipu betul!

hari ni aku masih lagi besenang lenang. tidak! kejap lagi aku nak mulakan operasi study electronic. ili skaran sedang menghadapi paper Nuclear. hmmm kesorangan aku di rumah. bila da sorang-sorang memang tak lama la kan. kekerasan bakal menjelma. da puas aku ym dengan nabil tadi. skaran da tatau nak watpe. tadi aku da menggodek-godek blog aku ni. tambah gadgets yang macam best. tiba-tiba aku terenung hp aku kat sebelah lappy ni. urghh merindukan hp tu ketika masa dia bole berbunyi. damn! :(

brand : sony ericsson
model : w380i
color : black

hp ni aku beli bulan 8 taun lepas. masa tu aku tengah jalan-jalan kat PAS dengan uda. pastu tetiba cam terstop bila tengok hp ni. nak beli yang original, duet tak berapa nak ada. maka beli jela yang kononnya original. bila benda dah ciplak ni kan, kejap jela nak rosak. skaran hp ni da ta bole nak bebunyi dengan lantangnya. da hilang da function dia sebagai hp walkman pasal loudspeaker da tak bole pakai. hmmm kene hanta kedai ni. aku rindukan dia bebunyi! sobss~

Monday, April 27, 2009

WORKOUT.

venue : kekal di bilik tido.

hari ini aku melalui masa-masa yang tidak berapa selesa sebab keadaan perut yang asek nak meragam sejak pagi. emmm takdela pagi sangat memandangkan aku tido semalam pada jam 7 pagi tadi. maka harusla masa aku bangun around tengah hari da kan. celik je mata, terus menuju ke dapo. pikir hari ni na masak ape. ayam & daging da berendam. so, aku amik keputusan masak nasik, goreng ayam & daging masak kicap. maka aku pun menjalankan tugas sebagai tukang masak dengan hebatnye. oh hari ni aku nak pulang kerumah. ibu da beberapa kali call tanya aku tak balik ke sebab paper aku kan cam lambat lagi kan. so aku decide untuk balik kejap hari ni. lagi pun da lama ta main-main dengan anak buah yang berdua kat ruma. rasa rindu gak kat diorang. lepas je mandi aku da start rasa ta sedap perut. takpela takde rase nak tekelua lagi. so aku pun menuju ke shah alam dengan penuh yakinnya. sampai kat subang, OMG! seperti di tahap kritikal. nasib baik ah da dekat dengan shell. so aku pun terus vroommm pegi shell. dala hujan agak lebat masa tu. agak lama jugak aku melabur di shell sebab bila aku keluar je toilet, hujan da jadi renyai-renyai. ahh lega sket perut. berjayalah aku meneruskan perjalanan kerumah dengan gembiranya. ingatkan sampai rumah da settle la hal perut. malangnya, masih ada saki baki yang tertinggal. duh! ni semua penangan cili padi semalam tu la.

& skaran penat. baru lepas menjalankan sedikit esesais. disebabkan ili da tesala tengok jadual exam, terus dia hilang mood untuk study. so, nak datangkan balik mood tu, kitorang pun bukak youtube, then cari la any dance yang bole dibuat bersama. wohoo agak pancit jugak sebab selama ni semenjak ta pegi futsal, keje aku aseklah makan makan dan makan. bila da penat, perut mula terasa lapa, tekak rasa dahaga pastu mata pun mula la layu. lagi-lagi dengan kipas yang selaju-lajunya ni kan memang mengundang perasaan tido yang membuak-buak :D

KEJUTAN DARI AMERIKA.

venue : bilik tido lagi.

hari sudah larut pagi. tapi aku stil takley tido disebabkan da ter-overdose tido siang & petang tadi. still aku melepak kat depan lappy since pukul 10pm. macam-macam dah aku godek kat encik puteh ni. saje-saje menukar angin. abes aku tuka semua icon yang ada. pastu aku tambahkan lagi ngan widget-widget yang cam agak best gak. oh yea, nod32 aku da tamat tempoh. so aku cam kelam jap pk camne nak buat sebab lappy ni mmg bole hancur tanpa antivirus. then aku teringat camne aku buat kat lappy uda sebelum ni bila masalah yang sama jadi. senang je cara dia. mula-mula aku uninstallkan nod32 yang da mati tu. then aku install balik version yang aku ada. then aku update. yesss berjaya jugak akhirnya. heeee :D

da habes menggodek, masa untuk ym-ing! sangat relax kan aku ni. heh lepas ni mmg aku kene struggle habes-habesan la kan. malam ni teman ym aku : BELL. sahabat kesayangan selain YONG yang skaran ade kat india. tiba-tiba je dengan dimulakan salam, bell terjah.

bell : weyh, kau nakpe bday kau?
ko nak crocs?
(aku da macam terkejut)
aku : crocs aku da ade satu.
kalau nak kasik kale mera pun cantik.heheh
bell : camtu kau nakpe?
ke ko nak levi's?
(lagi la macam terkejut)

hahaha mestila aku terkejut kan. pukul 430 pagi tiba-tiba orang terjah tanya kau nakpe untuk besday kau yang bakal dtg. tak ke jadi blur sekejap. macam tu la part of conversation antara aku ngan bell. sebenanye dia cam tatau nak kasik ape kat aku. sebab katenye aku cam da ade semua je. pastu aku cakap la kalau crocs tu jenis yang camne. yang bestnye bell jawab : "ntah. ko pilih la. ada macam-macam. ko pegi kat website crocs, pilih." tiba-tiba cam terasa best pulak. cam ada orang nak sponsor kau kan. hahaha so lepas beberapa kali duk selak-selak page crocs tu, aku cam tersuka kat satu selipa ni. simple je tapi kesah plak kan. crocs cukup! yang jadi cam pening sket bila tiba part size. hmmm kaki aku kat us size brape. lepas duk sembang-sembang ngan bell then die cakap, "aku beli size 6". oh thank u so much bell!!! so sebagai balasan dan jugak hadiah besday dia, aku kene blanja dia makan beriani gam kat JM tesco. aryte! no biggies ;D


brand : Crocs
model : Captiva
color : White/Jade

ni la dia selipa yang dimaksudkan. simple & menarik di mata aku. heeee ta saba na tunggu kau balik oh NABILLA ARIEF THAM! :P

PERUT PANAS.

venue : bilik tido

urghhh perut macam sedikit panas. maybe sebab telalu banyak makan cili padi kejap tadi. disebabkan baru bangu tido dan terasa lapa, so kitorang amik keputusan untuk masak sebab cam malas nak kua uma tengah-tengah pagi ni kan. kata orang tak elok kalau asek berembun je. hahaha sejak bila plak ntah aku kesah dengan kata-kata orang ni. so, kitorang pun selongkar la dapo macam orang tgh kebulur. last-last tejumpa la satu makanan segera ni. PAMA punya ape ntah nama makanan dia. rupa seakan-akan kueyteow tapi dalam saiz yang pendek. disebabkan pada asalnye kitorang rancang nak makan tomyam tapi tak jadi, so kitorang pun decide untuk masak dengan sepedas-pedasnye. dengan tak pikir panjang kitorang pun letak la 4 bijik cili padi yang dah dipotong kecik-kecik dalam makanan tu. perghhh mmg menongkat gile pedas die. dala kitorang ni mmg kuat makan pedas gak. tapi tu la, bila dah pedas sgt perut pun jadi panas. skaran aku rase cam nak meletop pun ada gak perut ni. urghhhh saket! :(

hari ni aku stil melepak lagi. sebab paper cam lambat lagi kan, padahal tak sedar yang bakal datang tu bukan calang-calang punya subject. hmmm lepas ni ak nak start study la. so, hari ni mmg banyak aktiviti paling jimat duit iaitu tido~ pagi tadi aku bangun agak awal juge. takdela awal mane, ade gak la dalam kul 10 camtu. tapi bole consider as awal la compared to hari sebeblum ni. pukul 12 ke pukul 1 baru bangun. tapi bila bangun awal dan takde niat study ni pun tak guna jugak. so end up tido balik. then bangun terus lepak depan tv, tgk dvd. movie pada hari ini : MALL COP & THICK AS THIEVE. mall cop sumpah lawak. ni kali kedua aku tgk lepas tgk fo the first time kelmarin. thick as thieve pulak, hmmm agak menarik. tapi lebih kurang cam cerita pencuri-pencuri yang hebat la macam italian job & ocean-ocean sekalian. lately ni aku banyak habiskan masa tgk dvd. satu aktiviti yang aku jarang-jarang sekali buat satu masa dulu. kelmarin & semalam je, aku marathon 6 dvd. pada aku jumlah agak banyak untuk waktu-waktu exam macam skaran ni. 1) MALL COP, 2) OLD SCHOOL, 3) EXTREME MOVIE, 4) HOW TO LOSE FRINEDS AND ELIANATE PEOPLE, 5) TAKEN & 6) MY BEST FRINED'S GIRL. dalam banyak-banyak tu, credit bole diberikan kat mall cop ngan taken. sangat best oh. & satu lagi cerita yang sangat melekat kat otak aku skaran : MUSIC & LYRICS. fuh! sangat sweet, penuh dgn lagu-lagu yang sangat baik lyricnya. two thumbs up!!! :D


// sambil layan : don't write me off by hugh grant ( music & lyrics)

Saturday, April 25, 2009

SELAMAT KEMBALI!

venue : living hall

baru lepass membelek album kawan-kawan yang kat oversea. damn aku sangat jeles dgn diorang yang bole study kat sana. terasa menyesal pulak sebab tak blaja betul-betul masa form 5 dulu. tapi tu semua da tak bole nak diundur pun kan. so accept jela yang aku skaran masih stay kat malaysia. yeah aku start memblogging kembali. mungkin sebab aku sedar yang aku bakal mengalami waktu-waktu membosankan tatkala cuti nanti. its been a long time since aku last blogging. dan disebabkan aku telupa password for my previous blog, so tepaksa la aku buat new account... hahaha nasib la blog ni free of charge. btw, skran merupakan xm month tapi aku just tinggal satu paper dimana bakal diduduki pada 2 hb mei nanti. lama lagi kan, so aku takes time untuk besenang lenang kejap. last paper : electronics and microprocessors. damn aku benci subject yang related to electronic or electric!

urgh sangat lapa pulak rasanya. rancangan tv malam ni,CEREKARAMA! agak menarik jugak jalan cerita dia. pasal sorang adik yang suka kat gf abang sendiri. hmmm complicated gak tu kan. oh aku macam da kehabisan idea nak tulis apa tapi macam too short plak untuk the first comeback. tiba-tiba cerita kat tv ni macam sangat menarik pulak dan aku terasa macam nak concentrate kat tv.