Sunday, May 24, 2009

PAGI INDAH INI...

...mode serius menghampiri kadar pertengahan.

sedikit penat, baru lepas membasuh pinggan mangkuk yang kalau dilihat pada keadaan fizikalnya hampir mengatasi ketinggian gunung everest. fedap aku dengan orang orang kat rumah ni...watpe korang sampai pinggan pun ta tebasuh? ishhh....

....sigh

malam tadi mengalami syndrome sukar tido...walaupun capaian had kesegaran mata sudah menjangkau tahap membimbangkan tapi stil takleh tido jugak...taktau mana silapnya, mungkin otak sangat cergas berfikir menyebabkan urat urat mata tak mampu untuk mengendur...

hasilnya, aku bangun pada jam 430pagi & menonton perlawanan antara barcelona vs osasuna...malang buat pasukan katalan kerana tewas 0-1 ke atas osa...dalam hati berfikir"macam ada harapan je MU na menang ni...hihihi"...duk tengah ralit menonton kemudian aku tersedar yang perut ini seakan lapar dan perlu diisi...tanpa fikir panjang aku bukak fridge amik Vanilla Coke & sebijik cupcake...layan~

habis cupcake sebijik, aku rasa perut...ish, ta cukup lagi ni...maka aku ke dapo, menjenguk ke bawah tudung saji kalau kalau ada makanan untuk aku kan...dari jauh nampak bayang bayang kotak sedikit kemerahan. oh, macam petanda baik... ya! sekotak kfc yang uda bawak masih segar tanpa usikan...maka, dengan sukacitanya habislah kfc tersebut dimakan oleh aku pada jam 445 pagi...harusnya aku pegi besenam kan hari ni...duh!

& pagi ini, perut tidak lagi meragam...kenyang cukup!so bila ayah & uda ajak pegi bfast, terpaksalah aku tolak dengan alasan perut dah kenyang. tapi aku stil oder milo ais kat uda sebab aku rasa kalau stakat milo tu takdela ralat mana pun perut aku nanti...hehehe.

//sejak bangun mengharap bunyi bising dari kedua dua hp. malangnya masih sunyi sepi. duh, apa pulak kali ni :|

No comments:

Post a Comment

thanx for ur concern :D