** baru lepas tukar profile picture kat fesbuk. sila lihat di column sebelah. gambar semalam masa tunggu bola dekat depan pelita bangsar. kelihatan seperti sudah tua. almaklumla skaran sudah 21 tahun kan.
perasaan malam ini sedikit mendatar. keadaan hati yang sedikit esaited pada siang hari sejak bangun dari tido bekurang dengan kadar yang malar. aku sendiri tak tahu kenapa berlaku keadaan yang sedemikian. sedangkan apa yang harus aku rasakan skaran adalah perasaan yang mampu membuat aku tersenyum sehingga hujung telinga, yang mampu membuat aku menayangkan susunan gigi hadapan yang agak "sebesar rumah" bak kata kakak aku. kerana apa? kerana musim exam sudah berlalu lagi pulak semalam pasukan bola kesayangan MU menang besar terhadap pasukan meriam. yang mana melayakkan mereka ke pusingan akhir UEFA di rome 27 mei ini. bukankah aku seharusnya bergembira di kala ini. tapi ntah kenapa perasaan hati seakan kering atau beku sekejap. mungkin sebab terlalu banyak tido hari ini. sebab kalau nak di bandingkan masa berjaga aku pada siang hari, hanyalah dari jam 130 ptg sehingga 330 ptg. 2 jam saja sebelum aku melabuhkan kepala kembali di atas timbunan bantal-bantal empuk di sebuah katil yang bersaiz queen.
malam ini aku kesorangan di rumah. tuan rumah pergi mengisi perut bersama rakanyya di uptown. bukan aku taknak ikot, tapi perasaan yang beku sekejap tadi menyebabkan aku tak teringin utk keluar rumah walau utk jarak sejengkal. malam ini, ingin menyaksikan pertarungan antara Chelsea & Barca. pasukan mana ntah yang bakal bertemu dengan MU sayangku itu. & skaran, tak ada kerja yang nak dibuat. lalu tangan menjadi pantas menekan papan kekunci, menitipkan perasaan jiwa ketika ini. sebenarnya aku baru lepas membuka satu dua folder yang mana aku save kan perbualan ym aku bersama orang tertentu. dan ada satu ym tu membuatkan aku berfikir jauh sejenak. sebab ym tu macam berkaitan dengan perjalanan hidup aku bersama orang yang banyak meluangkan masa dengan aku selama ini. masa utk diluangkan bersama semakin suntuk. adakah selepas ini aku mampu beperasaan seperti skaran? atau adakah selepas ini aku akan dilayan seperti skaran. yang pasti utk jawapan soalan yang kedua tu aku dapat rasakan "TIDAK". hahaha bukan apa tapi perkara tu aku sendiri da pasti tentang keadaan tersebut sejak dulu lagi. so cam tak perlu la nak takut-takut atau nak mengasingkan diri sebab aku kononnya da bersedia nak hadapinya nanti. cuma aku kurang pasti adakah persedian yang aku buat tu mencukupi atau pun tak. tapi apa yang nak aku katakan, aku bukan nak melarikan diri atau melesapkan diri sekaligus tanpa kabar berita. aku masih lagi nak berhubungan dengan dia sebab dia adalah perkara terbaik yang terjadi kat aku buat masa skaran.
//sekali lagi melayan don't write me off by hugh grant.
CLEARANCE STOCKS!
2 years ago

No comments:
Post a Comment
thanx for ur concern :D